SKM Sijil Tunggal Kebangsaan

(Sumber: Harian Metro, 6 Mei 2011)

PUTRAJAYA: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan digunapakai sebagai persijilan
tunggal kebangsaan bagi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran pula akan memastikan kurikulum yang digunakan di pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.
“Melalui program pelaksanaan persijilan tunggal kebangsaan ini, kualiti latihan dapat
dipertingkatkan dan kaedah penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,”
katanya, ketika merasmikan pelancaran Kempen SkillsMalaysia di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Timbalannya,Datuk Maznah Mazlan.
Skills Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran dan membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya memilih latihan kemahiran sebagai pilihan utama dalam penentuan kerjaya.
Muhyiddin berkata, laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT juga akan diperkemaskan untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada mereka berprestasi tinggi.

Pusat Bertauliah Institut Generasi. Powered by Blogger.

Followers