SKM Layak diiktiraf Sarjana, PhD Tahap 6,7

Sinar Harian(11 Januari 2010)

KUALA LUMPUR-Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memperkasa bidang kemahiran,
setanding dengan kelayakan akademik lain,dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6 dan 7.

Timbalan Menterinya,Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kelayakan tahap itu membolehkan pelajar yang mengikuti SKM layak untuk mendapatkan pengiktirafan Sarjana bagi tahap 6 dan PhD bagi tahap 7.

Menurutnya, sebelum ini,bidang kemahiran hanya menawarkan SKM tahap 1 sehingga 3,sebelum dilanjutkan tahap 4 dan 5,seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2010 lalu.

"Sebanyak 23 pusat latihan sudah diwujudkan dengan lima lagi pusat latihan yang dijangka siap, memberi peluang kepada pelajar kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sebelum ini,Perdana Menteri mahu memastikan pelajar kemahiran yang mengikuti pengajian diperingkat kemahiran 4 dan 5 memperolehi diploma dan diploma lanjutan (ijazah) dalam mengisi kekokosangan 136 bidang yang terdapat dalam pelbagai sektor di negara ini",katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kali Pertama Gerakan Belia 4B Kawasan Rompin.Maznah yang juga Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata,SKM dilaksanakan berteraskan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaa 'National Occupational Skill Standard (NOSS), di mana setiap calon akan dinilai dan  disahkan memenuhi keperluan  NOSS sebelum dianugerahkan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.

"Mereka yang mengikuti bidang ini sama dengan kelayakan mereka yang mengikuti pengajian akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain dengan tawaran gaji yang sama mengikut kemahiran yang mereka perolehi.

Beliau berkata,sebanyak 55 kursus turut dipertimbang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mewujudkan skim perkhimatan kerajaan bagi sektor berkenaan.

"Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik,tetapi mereka mempunyai potensi yang boleh digilap dalam bidang kemahiran.

"Mereka ini boleh dipanggil 'Doktor' dalam bidang kemahiran jika mereka berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan iaitu tahap 6 dan 7 bagi mencapai standard  NOSS", katanya

Sijil Kemahiran Malaysia Untuk 300,000 Pekerja

KOTA KINABALU 6 Ogos - Kementerian Sumber Manusia berharap dapat mentauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada 300,000 pekerja mahir dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sijil itu diberikan kepada rakyat tempatan yang mahir dalam sesuatu bidang melalui pengalaman bekerja terdahulu tetapi tidak mempunyai sijil.

"Pengiktirafan ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang sudah ada kemahiran, sama ada belajar sendiri atau mendapat kemahiran itu semasa dia bekerja dengan majikan, tetapi tiada latihan formal.

"Misalnya, bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 1, seseorang itu mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam bulan dalam bidang berkenaan, SKM 2 mesti mempunyai pengalaman setahun, SKM 3 pengalaman dua tahun dan seterusnya untuk sijil ke peringkat tinggi,”katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak September 2000, kementerian itu sudah memberikan sijil kepada seramai 55,853 orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran terdahulu di seluruh negara termasuk sekitar 1,000 orang di Sabah. – Bernama

Pendidikan Vokasional & Teknikal Bukan Kelas Kedua - Tan Sri Mohamed Yakcop

At Thursday ,September 29, 2011

Pendidikan vokasional dan teknikal tidak lagi boleh dianggap sebagai pendidikan kelas kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata ibu bapa dan pelajar perlu mengubahkan persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional dan teknikal yang menjanjikan pekerjaan dan gaji lumayan di merata dunia ketika ini.

"Kerajaan sedang berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebagai pilihan utama pelajar terbaik negara seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.

"Ia bukan lagi pendidikan kelas kedua, ia sudah menjadi aliran pendidikan utama terutamanya di negara-negara maju. Kerajaan mahukan lebih ramai pelajar mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) fasa kedua di sini Khamis.

Nor Mohamed berkata kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahirannya setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

Beliau berkata pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.

"Kajian menunjukkan hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar negara ini mengikuti pendidikan vokasional iaitu agak kecil, jika dibandingkan dengan negara lain seperti Jerman sebanyak 59 peratus, Australia 62 peratus, Belanda 68 peratus, Indonesia 51 peratus, Thailand 41 Peratus dan Korea Selatan 28 peratus," katanya.
(Bernama)

SKM Sijil Tunggal Kebangsaan

(Sumber: Harian Metro, 6 Mei 2011)

PUTRAJAYA: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan digunapakai sebagai persijilan
tunggal kebangsaan bagi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran pula akan memastikan kurikulum yang digunakan di pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.
“Melalui program pelaksanaan persijilan tunggal kebangsaan ini, kualiti latihan dapat
dipertingkatkan dan kaedah penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,”
katanya, ketika merasmikan pelancaran Kempen SkillsMalaysia di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Timbalannya,Datuk Maznah Mazlan.
Skills Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran dan membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya memilih latihan kemahiran sebagai pilihan utama dalam penentuan kerjaya.
Muhyiddin berkata, laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT juga akan diperkemaskan untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada mereka berprestasi tinggi.

Pusat Bertauliah Institut Generasi. Powered by Blogger.

Followers