At Thursday ,September 29, 2011
Pendidikan vokasional dan teknikal tidak lagi boleh dianggap sebagai pendidikan kelas kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata ibu bapa dan pelajar perlu mengubahkan persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional dan teknikal yang menjanjikan pekerjaan dan gaji lumayan di merata dunia ketika ini.
"Kerajaan sedang berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebagai pilihan utama pelajar terbaik negara seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.
"Ia bukan lagi pendidikan kelas kedua, ia sudah menjadi aliran pendidikan utama terutamanya di negara-negara maju. Kerajaan mahukan lebih ramai pelajar mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) fasa kedua di sini Khamis.
Nor Mohamed berkata kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahirannya setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.
Beliau berkata pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.
"Kajian menunjukkan hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar negara ini mengikuti pendidikan vokasional iaitu agak kecil, jika dibandingkan dengan negara lain seperti Jerman sebanyak 59 peratus, Australia 62 peratus, Belanda 68 peratus, Indonesia 51 peratus, Thailand 41 Peratus dan Korea Selatan 28 peratus," katanya.

(Bernama)